Takdir Vs Akidah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah...syukur...masih lagi dikurniakan rahmat dari Allah untuk menghirup udara segar anugerah dariNya. 

for today, I would like to share about Takdir @ Destiny Vs Aqidah. Apa itu takdir? Apa itu akidah?

Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi kepada setiap manusia apa pun bangsanya, agamanya, warna kulitnya. Apa yang pasti setiap takdir seseorang umat Islam itu sudah tertulis di Luh Mahfuz dan ditentukan oleh Allah swt. 


Pengertian akidah pula:


  1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
  2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
  3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Once kita dah faham apa itu takdir dan apa itu akidah, maka kita akan secara automatiknya tidak akan pernah mempertikai apa sahaja yg berlaku kepada diri kita dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, kita melihat seseorang yang miskin, hidup merempat, dan kita telah membuat keputusan kepada mereka dengan mengatakan " Haa tu lah, belajar malas, kerja malas, akhirnya hidup merempat, mintak sedekah sana sini"

Adakah kita tahu apa masalah mereka? Dan kenapa kita tidak suarakan seperti ini " Allahuakbar, mungkin mereka miskin harta tapi kaya pahala...semoga Allah murahkan rezeki mereka".

Jika kita membuat keputusan dengan menghukum mereka pemalas dan sebagainya, di manakah akidah kita? Di manakah kepercayaan kita terhadap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Seandainya semua org di atas muka Bumi ini berpegang teguh dengan tali Allah, kita tidak akan menghukum sesiapa pun dgn kata2 seperti di atas. 

Pandangan mata manusia akan mudah terpedaya dengan kekayaan dan kemewahan sehingga dengan sewenangnya menghukum manusia lain. "Adakah engkau menyangka engkau yang memberikan rezeki" sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian makhluknya. 

Pucuk pangkalnya jagalah setiap tutur kata yang lahir dari lidah kerana takut akidah kita sebagai seorg yg beragama Islam luntur hanya dek sebab kata2 mendustakan takdir Allah. Yakinlah bahawa takdir Allah itu ada hikmahnya, baik atau buruk takdir kita yakinlah Allah sayangkan hamba-hambaNya. Jangan pula mendabib dada "Aku rajin, aku bijak, aku kaya...kau apa yg ada". Istighfar dan kembalilah kepada Allah, bersihkan lidah dan hati kita dengan zikrullah.

Takdir adalah ketentuan Allah. Jangan mempertikai ia. INGAT!




Penambahan no h/p sy untuk wassap 0102395414.... and my new blog ARcornerbyedaazam.blogspot.com
I LOVE SHAKLEE


So, sebarang pertanyaan pasal sy ke, pasal percutian ke tempat2 yg sy dh pegi ke...pasal produk shaklee ke..bole note down comment kat bawah and boleh jugak wassap sy..jangan lupa follow sy di fb SITI ROSLIDA MUHAMMAD YUSOF & ig @shaklee_by_edayusof


Comments

Popular Posts